Friday, May 11, 2012

Isu Negara Yang Serius !


ASSALAMUALAIKUM .
Bertemu kembali dalam rancangan super super spontan . semua tergelak gelak terburai isi isi bagai . punyalah semangat korang layan super spontan tadi . okey aku sokong beruang comel ever after . fullstop . jangan tanya kenapa , sedangkan semua tahu yang zizan tu memang teman lelaki aku *ayat skema . ye aku tahu tu . aku tetap sokong zizan dari belakang cuma dengan cara aku sendiri . ta perlulah nak heboh heboh sana sini ' ceh . Dear zizan . i tetap sokong you hubby tapi i kena lah jaga hati family i yang seratus peratus dengan semangatnya menyokong beruang comel . haha . okey okey cool .
Entry aku bukanlah pasal super spontan bagai . ni permulaan perenggan je . kasi panas semua organ organ badan 'ceh . aku sebenarnya mood tak berapa okey ni . penuh dengan kepura-puraan konon gelak kuat kuat sampai kena marah dengan ibu lagi . aku pantang betul dengan orang yang janji bagaikan ke langit tapi habuk pon tarak . ramai yang berjanji dengan aku yang tidak tertunai tunai bagai . antaranya ialah mico mino kiko 'ntah ape nama kucing aku ntah , mr.chef  , budak budak yang plan nak hangout bagai dan akhir sekali uncle ir . blog aku ni dah macam karangan bahasa malaysia pulak . haha . bagi aku , kita kenalah alert sikit dengan cara penggunaan bahasa kita 'ceh .
aku dan macam Pn .Mazita , cikgu bm aku masa kat sekolah teknik dulu . malas nak bangga bangga result bm aku berapa . humble sudah . ok berlagak . now . back to the topic . janji janji janji janji . memang senang tapi lepaskan janji tu ibarat kau lepas kan kentot je kan .
secara jujurnya aku paling marah dengan si mico aku . janji bukan main lagi . tapi buat jugak . berak merata depan rumah aku 'Hishh !


isu isu yang dipertengahkan :

Pertama Si mico 'setelah mendapat pengesahan dari adik bahawasanya nama kucing aku sebenarnya mico .
Kejap mico kejap mino kejap si gebu kejap si dido . macam macam nama telah dilemparkan kat kucing aku tu . setiap yang datang rumah aku , mesti nak tinggalkan satu nama kat kucing aku tu . lagi lagi kawan haikal . sesukahati je korang kan . alahai . Aku bengang betul bila aku yang kena basuh taik dia tadi ' maaf entry lucah , kotor sikit . siapa yang teruskan pembacaan entry ni aku memang salute korang . haha . selalunya bila masalah ini terjadi . mesti abah akan menjadi sukarela . bila abah outstation aku lah jadi mangsa terdekat si mico ni . hebat mico sayang , hebat . dulu ok je membuang kat tempat lain . semenjak dua menjak ni kau buat hal mico . by the way , tapela aku maaf kan kau . lain kali membuang tu ditempat yang disediakan ok sayang .

Kedua , Mr.chef
Ramai sebuk nak tahulah tu siapa gerangan mr,chef aku ni . malas lah nak masukkan nama dia dalam blog aku ni . buat berkarat je . okey penggunaan bahasa kasar disitu . maaf yer mr.chef . mr.chef aku ni bukanlah chef wan ke chef rizz ke chef zubir ke ataupon papa joo 'okey pengaruh masterchef . Mr.chef aku sebenarnya , zamir yang cute miut tu . ok tipu . aku ni selalu lari topic. now back to the topic .
'Dear Mr.chef pleaselah jangan nak sibukkan diri sangat . ye orang tahu dia tengah study study study . tengah fokus sesangatlah kat study dia tu . orang bukannya ta paham dengan profession dia sebagai chef tapi memadai lah sikit . dia sampai takde masa seminit pon untuk orang langsung . tahu tak tahu tak tahu tak . dah la kita jumpa pon tidak apetah lagi berdating bagai . dua tahun sekali baru jumpa batang hidung tu 'ceh . dia dah janji nak call kan . orang tunggu punyalah tunggu sampai beruban berjanggut bagai . ok tipu . okey la malas nak manja manja kat dalam blog ni . malu ramai orang baca 'ceh . dia takecare okey . orang rindu dia yang dulu , si segak yang memakai uniform sekolah ' ok geli . dia yang twenty four hours call orang . every second . every minute . 'aku ni , selfish betul ingat dia  tade kerja lain ke nak melayan aku je . alahai . saya sayang anda mr.chef' pengakuan berani mati . fullstop . ha

Ketiga ,  budak budak yang plan nak hangout bagai .
Mereka mereka ni aku tujukan khas kepada nur imanina dan umi fazierah serta sabrina ali . eh sabrina zulkefli . untuk pengetahuan umum mereka mereka ni terlalu sibuk mengalahkan rosmah . mengalahkan ambiga . ok masuk politik pulak . geli , stop it . aku dah lah tak lama , tinggal beberapa jam je kat kuala lumpur ni . lepas ni nak balik seri iskandar , perak yang panas tu . tolonglah bagi aku peluang melepaskan rindu dengan korang . janganlah ingat diri tu hot sangat . sampai sibuk twenty four hours . sakit hati tahu . rasa nak tendang tendang kalau korang ada depan mata aku ' ok tak sampai hati . punyalah rindu kat korang . by the way arina rosli plan nak buat private party . korang wajib join . compulsory . lain kali janji tolonglah tepati kalau korang tak mahu kaki saiz tujuh ni singgah di pinggul masing masing . haha 'rasa besar gila size tujuh . kaki gergasi .

Keempat , perjanjian Ikea Meatballs antara uncle ir dengan aku .
Bab ni yang aku tertunggu tunggu . uncle ir dah bersetuju bahawasanya dia akan sponser Ikea Meatballs untuk aku . haha . penat bodek bodek . finally , uncle kata yela yela tapi tunggu uncle free habis outstation kat penang . uncle aku ni pon boleh tahan buzy je mengalahkan najib pulak . Hebat sangat dengan kerja dia .
'ra akan menanti Ikea meatballs dengan penuh sabar ok uncle . give me five . yeah . Uncle dah janji nak belanja kan . ra genggam erat janji janji uncle tu ' ceh . jangan jadi macam si mico tu pulak . haha .

Demikianlah aduan rakyat dari aku . Diharap semua pembaca pembaca aku sekalian , jangan lah mungkir janji dengan pihak pihak yang lain . ha ha mengata aku la tu . aku mengakulah ,  aku pon pernah mungkir janji mungkir janji ni, tapi sebelum tu aku dah reka sebab sebab munasabah untuk mangsa mangsa aku . haha ' macam bodoh je kan . at least aku sedapkan hati dorang dari termakan hati macam aku ni . mana lagi kesian . okeylah jam menunjukkan pukol satu pagi tepat . masa untuk makan . so jangan heranlah kalau badan aku macam tong . tong itu comel . bulat bulat . haha
Selamat malam dalam bahasa lainnya good night , readers  . basuh kaki . set alarm for subuh .

 Sekian . Terima kasih


2 comments:

  1. waa siap wt aduan rakyat ag kat blog nie kan
    heheh
    zyra pon ske zizan!!

    ReplyDelete
  2. HAHA .
    ohh no no . zizan saya punya . jangan jangan :P

    ReplyDelete